NAMSA SUMMIT 2023

      
Education Malaysia Washington DC(EMWDC) dengan kerjasama National Assembly of Malaysian Students in the United States of America (NAMSA) telah berjaya mengadakan persidangan NAMSA Professional Summit 2023 bermula 24 hingga 26 November 2023, bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, Washington DC.
Persidangan ini merupakan antara program tahunan yang dikelolakan oleh Pejabat ini, telah disertai oleh 22 orang pelajar Malaysia dari seluruh Amerika Syarikat, dan merupakan platform untuk membincangkan prestasi program yang telah dijalankan, di samping membuat perancangan program-program bagi sesi akademik 2024/2025 yang akan datang.
TYT Dato’ Seri Nazri Aziz, Duta Malaysia ke Washington DC telah dijemput merasmikan persidangan tersebut dan turut hadir Cik Mira Aisa Shaarani(Pengarah EMWDC).