Malaysian Sports Festival 2023

     
11-12 November 2023 | University of Wisconsin-Madison
Good Job NAMSA X MySA BADGERS!
***********************
MALAYSIA BOLEH!
Education Malaysia Washington Dc(EMWDC) dengan kerjasama NAMSA dan MySA telah berjaya menganjurkan Malaysian Sports Festival 2023 (MSF) di Universiti Wisconsin-Madison, USA.
Program yang dinantikan dan telah disertai seramai 298 pelajar Malaysia di Amerika Syarikat kembali sekali lagi menyemarakkan semangat perpaduan Malaysia Madani melalui pertandingan aktiviti sukan dan sukaneka yang terhenti akibat pandemik Covid-19 sejak 3 tahun lepas.
Majlis Perasmian MSF 2023 telah disempurnakan oleh Cik Mira Aisa Shaarani(Pengarah EMWDC) dan turut hadir Puan Munaliza Mat Lazim(Pengarah MARA), Encik Muhammad Adri Asmar (MISG), kakitangan EMWDC dan EM Chicago bagi memeriahkan program selama 2 hari tersebut.
Tahniah diucapkan kepada NAMSA dan MySA Badgers atas komitmen dan kejayaan program MSF2023.
Semoga berjumpa lagi tahun 2024!
Terima kasih.