Program: Quiz Israk Mikraj 2024 – Februari 9th, 2024 (Jumaat)

Program: Quiz Israk Mikraj 2024
Tarikh: Februari 9th, 2024 (Jumaat)
Masa: 8.00 – 9.00 pm (EST)
Platform: Google Meet (virtual)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Quiz Ishrak Mikraj yang telah berlangsung pada Februari 9th, 2024 (Jumaat). Pejabat Education Malaysia Washington DC ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas penyertaan para peserta yang terdiri daripada pelajar Malaysia, diaspora Malaysia, anak-anak diplomat Malaysia, ahli Perwakilan Washington DC, dan dan kakitangan Pejabat Education Malaysia Washington DC, Chicago, dan Los Angeles.

Majlis yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Yahya Mahyuddin Bin Utoh Said turut diserikan dengan kehadiran YBhg Datin Seri Haflin Nazri Aziz (Pengerusi Perwakilan Washington DC) dan Pengarah Education Malaysia Washington DC, Cik Mira Aisa Binti Shaarani.

Kami berterima kasih di atas sokongan yang telah diberikan sepanjang majlis berlangsung dan berharap agar majlis seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan yang mengalakkan dari para pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat.

#Embassy of Malaysia, Washington D.C.
#MARA USA
#National Assembly of Malaysian Students in America – NAMSA