Program Bersama Bahagian Education Malaysia (BEM) x PERKESO

Dalam usaha memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada rakyat Malaysia, PERKESO kini tidak terhad dalam menyediakan perkhidmatan pekerjaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) kepada golongan pencari kerja sahaja, malah turut menawarkan perkhidmatan seperti Program Padanan Pekerjaan, Program Peningkatan Kemahiran, Kaunseling Kerjaya Talent Grooming dan Program Penempatan Pekerjaan.
PERKESO turut mengorak langkah dengan bekerjasama dengan Bahagian Education Malaysia (BEM) akan merangka program-program bersama khusus kepada graduan-graduan Malaysia yang mengikuti pengajian di luar negara. Hasrat utama kerjasama ini adalah bagi memastikan kebolehan dan kepakaran graduan-graduan Malaysia ini dapat dimanfaatkan dalam membangunkan landskap pasaran buruh negara.
Melalui portal pekerjaan nasional, MyFutureJobs, mutu perkhidmatan bantuan pencarian dan pemadanan pekerjaan kepada semua pencari kerja bagi seluruh rakyat Malaysia dapat ditingkatkan. Jadi, ayuh mulakan perjalanan dalam memacu ekonomi negara dengan mendaftar di pautan INI.