Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan mengadakan peperiksaan memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 pada 13 April 2013. Peperiksaan ini diadakan serentak di seluruh negara dan diadakan sekali setahun sahaja. Pihak SPA telah menerima permintaan daripada pelajar-pelajar tahun akhir dari luar negara untuk menduduki peperiksaan ini. Pelajar-pelajar tahun akhir tajaan kerajaan, swasta atau persendirian layak menduduki peperiksaan ini. Bagaimanapun pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi tidak digalakkan menduduki peperiksaan ini. Peperiksaan ini akan mengambil masa sehari dan akan dijalankan di Dewan Tun Dr Ismail, Kedutaan Besar Malaysia beralamat di 3516 International Ct. NW, Washington DC 20008. Kepada pelajar yang layak mohon dapat mendaftar di laman web SPA http://www.spa.gov.my dengan mengisi Borang SPA8i . Pelajar yang layak mohon dapat memaklumkan kepada nama-nama berikut sebelum 10 April 2013 bagi penyelarasan peperiksaan. Mohon maklumkan kepada :
En. Azim Harun: [email protected]
En. Abd Rahim Masum: [email protected]
Pelajar yang layak mohon dapat hadir pada sebelum jam 9.30 pagi hari Sabtu 13 April 2013 di bangunan Kedutaan Besar Malaysia di alamat 3516 International Ct. NW, Washington DC 2000