Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memperuntukan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar negara dan pasangannya layak mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH).
Bagi menggalak dan memudahkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara mendaftar sebagai pemilih, Suruhanjaya Pilihanraya Malasyia (SPR) telah melantik kesemua Perwakilan Malaysia di luar negara sebagai Penolong Pendaftar Pemilih. Dalam hal ini, semua pelajar Malaysia, berusia 21 tahun ke atas yang belajar sepenuh masa di Amerika Syarikat dan pasangannya boleh mengemukakan permohonan pendaftaran sebagi PTH melalui Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C.
Pemohon dikehendaki mengisi Borang A dan Lampiran Maklumat Tambahan dan sertakan salinan dokumen-dokumen berikut:
i. salinan MyKad;
ii. salinan pasport dan visa; dan
iii. salinan kad pelajar
Borang A dan Lampiran Maklumat Tambahan serta kesemua dokumen-dokumen di atas hendaklah dihantar samada melalui pos ke Consular Section, Embassy of Malaysian, 3516 International Court, NW Washington D.C 20008, USA atau fax di nombor 202-572-9882 atau emel ke [email protected]. Semua permohonan yang diterima oleh Kedutaan ini akan dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.