Pencalonan Pelajar Universiti Bagi Mengikuti Program Attachment di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Program Attachment (penempatan sementara) adalah untuk pelajar Malaysia yang sedang mengikutii pengajian university luar Negara untuk ditempatkan di pejabat YB Menteri KPKT. Tujuan utama program ini adalah bagi membolehkan pelajar yang berkaliber dan berpontensi tinggi ini diberi pendedahan mengenai pelaksanaan dan perjalanan fungi kerajaan. Program ini dirancang untuk diadakan semasa “summer break”.
Antara kriteria yang ditetapkan dalam pencalonan pelajar adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai ciri-ciri pemimpin
  2. Boleh berpidato
  3. Mengusai kemahiran Berbahasa Inggeris dengan baik; dan
  4. Meminati bidang politik.

Maklumat yang diperlukan bagi pencalonan pelajar adalah seperti berikut:

  1. Biodata Pelajar
  2. Prestasi Akademik Pelajar
  3. Penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum

Sila hantar ketiga-tiga butir berikut ke: [email protected]