Majlis Pelancaran Festival of Ideas 2021

Majlis Pelancaran Festival of Ideas 2021 yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Festival ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

Sila tekan SINI untuk video pelancaran. Credit Facebook Kementerian Pengajian Tinggi.

Penganjuran festival yang julung kalinya ini merupakan inisiatif KPT di bawah salah satu fokus strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2021 iaitu “Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik” yang bersandarkan kepada hibrid kepakaran akademia dan pengalaman praktikal tokoh-tokoh terkemuka industri serta masyarakat yang mampu menghasilkan pemikiran luar kotak yang bersifat penemuan baharu selain bagi mewujudkan platform perkongsian ilmu secara dalam talian yang dipenuhi dengan kompilasi pembentangan kertas secara berkala termasuklah idea baharu, penyelesaian masalah dan pemantapan nilai dalam kalangan pemikir tempatan pelbagai latar belakang.

#MOHEfoi
#MOHEfestivalofideas
#KPTPrihatin
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua