Gateway To Overseas Program 2012


Setelah bertungkus‐lumus untuk sekian lama untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, beberapa pelajar Malaysia di Amerika Syarikat hadir dengan satu idea ingin berbakti kepada Tanah Air tercinta pada musim cuti panas kali ini. Untuk menjadikan idea mereka satu kenyataan, pelajar‐pelajar di New York dan New Jersey di bawah kelolaan Kelab UMNO New York merancang satu program yang diberi nama Gateway To Overseas Program 2012. Program ini yang mana berkisarkan tentang semangat anak‐anak muda di perantauan yang ingin pulang berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi dengan adik‐adik iaitu para pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar. Kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang menjadi pilihan mereka.