EMUSA Quran Hour with Malaysian Students

Event EMUSA Quran Hour
Date August 31st 2019
Time 8.00 pm ( (US EST)
Venue Rocky Fork State Park, Ohio

 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Malaysia #QuranHour (MQH) 1440H telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Ogos 2019 jam 8.00 malam (US EST) di Rocky Fork State Park, Ohio hasil kerjasama Education Malaysia Chicago, Education Malaysia Washington D.C. & Malaysian Islamic Study Group (MISG) USA – sempena Tarbiyaville, program Summer Camp anjuran MISG.

Menurut Pn Nurhana Bt Hj Mat, selaku Attache Pendidikan, EM Chicago, “Pengalaman berkhemah di tengah hutan bersebelahan tasik sambil mendalami Surah Al-Kahf, di bumi Amerika, merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sini”.

Terima kasih Ustaz Faisal Tan, Atase Pendidikan, EM Washington DC yang telah memberikan kupasan Surah Al-Kahf, menyedarkan peserta walaupun di mana jua kita berada untuk menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup dan panduan menjadi seorang Muslim yang sejati.

Malaysia #QuranHour
Baca, Faham & Amal
Bangsa Berbudi & Penyayang